Ayat 83 - Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
Ayat 84 - Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Ayat 85 - Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
Ayat 86 - Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
Ayat 87 - Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
Ayat 88 - Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
Ayat 89 - Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Ayat 90 - Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

Ayat 91 - Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
Ayat 92 - kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Ayat 93 - Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Ayat 94 - Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
Ayat 92 - kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Ayat 93 - Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Ayat 95 - Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Ayat 96 - Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Ayat 97 - Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Ayat 98 - (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
Ayat 99 - Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
Inilah kisah Zulkarnain dimana beliau mengembara dan terjumpa pelbagai jenis kaum.
Dijumpanya yang pertama adalah kaum yang kufur dan ingkar. Lalu Allah memberinya 2 pilihan samada menyeksa mereka atau berbaik dengan mereka. Lalu beliau berkata - bagi sesiapa yang masih kufur, maka haruslah diseksa dan dikembalikan kepada Allah, dan jika ada yang masih beriman maka akan diberi balasan yang baik.
Lalu beliau kembali dan memilih jalan yang lain dan kali ini beliau bertemu dengan suatu kaum. Kaum ini tidak diberi sebarang perlindungan oleh beliau yakni kaum ini belum lagi ditakluk dan dimiliki. Dan hanya Allah sahaja yang mengetahui akan kisah ini.
Lalu beliau kembali dan mengambil jalan yang lain, dan kali ini beliau bertemu dengan satu kaum dimana bahasa mereka sangat tidak difahami. lalu pengikut menerangkan bahawa inilah kaum yakjuj dan makjuj - kaum yang suka melakukan kerosakan di dunia. Mereka sanggup mengupah zulkarnain agar membantu mereka unutk menghalang kaum ini daripada bercampur dengan kaum yang lain. Lalu beliau menyatakan upah mereka tidak cukup dibandingkan dengan kuasa yang Allah telah berikan kepadanya, maka beliau rasa cukuplah dengan membantu beliau membina tembok tersebut.
tembok yang memisahkan kaum yakjuj dan makjuj ini dengan manusia lain adalah satu tembok besi yang sangat tinggi sehingga menutup lapangan antara dua gunung itu, dan besi ini tidak dapat ditebuk dan dinding itu tidak dapat dipanjat.
Sehinggalah hari dimana dekatnya hari akhirat, maka Allah akan runtuhkan dinding itu dan akan bercampur gaul dengan manusia lain. maka di akhirat nanti Allah akan menghimpunkan mereka di padang mahsyar.
0 comments:
Post a Comment